ARTIKEL

PENJUAL buah-buahan menyantuni pelanggan di gerai. | Bernama

2,248 usahawan mikro tingkat skala perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,248 usahawan mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) direkodkan berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata pencapaian itu menunjukkan keberkesanan pembiayaan mikro dalam membantu usahawan meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing.

Beliau berkata hingga September lepas, AIM, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan Bank Rakyat merekodkan sebanyak 272,927 pembiayaan bernilai keseluruhan RM3.14 bilion kepada usahawan mikro, termasuk 233,164 pembiayaan berulang bernilai RM2.63 bilion.

“Dari sudut keberkesanan, jumlah pembiayaan berulang yang tinggi mencerminkan keupayaan usahawan mikro untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan serta mendapatkan modal tambahan bagi mengembangkan operasi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Mohamad menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai keberkesanan peruntukan Belanjawan 2026 dalam meningkatkan kapasiti dan menskalakan perusahaan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdasarkan sasaran serta pencapaian setakat tahun ini.

Mengenai prestasi pembayaran balik pembiayaan, beliau berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) TEKUN Nasional menurun daripada 12.66 peratus pada 2023 kepada 6.60 peratus hingga September tahun ini.

Kadar NPL Bank Rakyat pula berkurang daripada 15 peratus kepada 11 peratus bagi tempoh sama, manakala AIM mencatatkan kadar NPL sifar pada 2025.

Selain pembiayaan, Mohamad berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) turut menyediakan program latihan, bimbingan dan konsultansi yang disertai 2,765 usahawan mikro sehingga September tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai pembiayaan mengikut kaum dan kerjasama dengan pelabur luar, beliau berkata KUSKOP menyediakan pelbagai skim pembiayaan yang turut merangkumi usahawan bukan Bumiputera.

Antaranya pembiayaan RM100 juta disediakan bagi usahawan masyarakat India di bawah TEKUN Nasional, selain program pembiayaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) yang melibatkan sekitar RM153 juta.

Mohamad berkata SME Corp Malaysia turut menyediakan program padanan perniagaan bagi membantu usahawan mendapatkan rakan strategik di dalam dan luar negara, sekali gus memperluas akses pasaran serta peluang mengembangkan perniagaan. – Bernama

BERITA LAIN

Pelaburan tenaga perlu pulangan saksama

KUALA LUMPUR: Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan

Pendekatan menyeluruh tangani kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Dasar gaji minimum Malaysia tidak boleh dilihat secara berasingan sebaliknya perlu dilihat sebagai pelengkap kepada bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan langkah penjagaan kesihatan

BERITA TERBARU

Trauma penderaan imej janaan AI

MELBOURNE: Kira-kira satu daripada 15 orang dewasa di Australia, Britain dan Amerika Syarikat (AS) pernah mengalami penderaan berasaskan imej janaan kecerdasan buatan (AI), menurut satu

Pelaburan tenaga perlu pulangan saksama

KUALA LUMPUR: Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan