ARTIKEL

Gambar HIasan

Trauma penderaan imej janaan AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELBOURNE: Kira-kira satu daripada 15 orang dewasa di Australia, Britain dan Amerika Syarikat (AS) pernah mengalami penderaan berasaskan imej janaan kecerdasan buatan (AI), menurut satu kajian yang diketuai oleh RMIT University di Australia, lapor Xinhua.

Kaji selidik terhadap lebih 7,200 orang dewasa di ketiga-tiga negara itu mendapati tujuh peratus pernah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk penderaan sedemikian sejak berusia 18 tahun.

Kadar berkenaan mencatatkan angka lebih tinggi sedikit di Australia, iaitu pada 7.7 peratus, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RMIT University pada Rabu.

Kajian itu mendapati penderaan berkenaan merangkumi penciptaan atau pengubahan imej intim menggunakan AI tanpa kebenaran, penyebaran imej intim janaan AI tanpa persetujuan, atau diugut dengan pendedahan imej sedemikian.

Hampir 87 peratus mangsa yang terselamat melaporkan sekurang-kurangnya satu kesan terhadap kehidupan mereka, termasuk impak kepada kesihatan dan kesejahteraan, hubungan, pekerjaan mahupun kewangan.

Kajian itu turut menemukan bahawa golongan lelaki melaporkan pengalaman penderaan seumpama itu lebih dua kali ganda berbanding wanita, iaitu 10.2 peratus berbanding 3.8 peratus.

Bagaimanapun, wanita merekodkan lebih banyak reaksi dan kesan negatif, termasuk kebimbangan terhadap keselamatan diri serta impak kepada kesihatan mental dan fizikal mereka.

Penulis utama Profesor Nicola Henry daripada RMIT berkata dapatan itu mendedahkan tahap penderaan berkenaan dalam masyarakat secara meluas, dan bukan sekadar menyaraskan golongan selebriti mahupun tokoh masyarakat semata-mata.

Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Human-Computer Interaction itu menekankan keperluan bagi syarikat teknologi memiliki tanggungjawab lebih besar dalam mencegah penderaan berasaskan imej janaan AI sebelum ia berlaku, kata Henry.-Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Trump kekal Presiden Amerika Syarikat

WASHINGTON: Rumah Putih pada Rabu memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membongkok di atas meja Resolute Desk, disertai mesej, “Makluman khidmat

Dua maut helikopter tentera terhempas

JAKARTA: Angka kematian meningkat kepada dua orang selepas sebuah helikopter tentera Indonesia terhempas di perairan pulau Borneo ketika misi memadamkan kebakaran pada Rabu, menurut pihak

BERITA TERBARU

Pelaburan tenaga perlu pulangan saksama

KUALA LUMPUR: Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan

2,248 usahawan mikro tingkat skala perniagaan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,248 usahawan mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) direkodkan berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana pada tahun