ARTIKEL

AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR. | Bernama

Pelaburan tenaga perlu pulangan saksama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan manfaat ekonomi yang luas, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata peralihan tenaga Malaysia juga perlu diukur berdasarkan nilai ekonomi yang diwujudkan serta keupayaan negara untuk membangunkan, mengekalkan dan akhirnya mengeksport nilai tersebut.

“Di bawah Tempoh Kawal Selia Empat, perbelanjaan modal berjumlah kira-kira RM42.8 bilion telah diluluskan bagi tempoh 2025-2027 untuk memperkukuh dan memodenkan rangkaian elektrik di Semenanjung Malaysia.

“Ini termasuk pelaburan mengukuhkan grid bernilai RM15 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, yang akan terus meningkatkan daya tahan dan kesiapsiagaan sistem elektrik bagi menyokong peralihan tenaga dan permintaan yang meningkat,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak dan Pameran Strategik Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA) 2026 semalam.

Beliau berkata pusat data dan sektor pembuatan termaju, termasuk semikonduktor, meningkatkan keperluan terhadap bekalan elektrik yang dipercayai.

Katanya permintaan terhadap elektrik pada waktu puncak di Semenanjung Malaysia diunjurkan meningkat kira-kira lima peratus setahun, daripada 21 gigawatt (GW) pada 2026 kepada lebih 33 GW menjelang 2035, mewujudkan peluang pelaburan dalam penjanaan, infrastruktur grid, penyimpanan tenaga, sistem penyejukan dan elektronik kuasa.

Akmal Nasrullah berkata Malaysia turut menjangka keperluan tambahan kapasiti penjanaan tenaga berasaskan gas sebanyak kira-kira sembilan GW menjelang 2030, tertakluk kepada semakan berterusan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Suruhanjaya Tenaga, bagi memenuhi permintaan terhadap elektrik yang meningkat, terutamanya daripada pusat data dan pembuatan termaju.

“Apabila lapangan gas domestik yang matang berdepan kemerosotan pengeluaran, import gas asli cecair (LNG) akan memainkan peranan yang penting dalam memenuhi permintaan yang meningkat.

“Matlamatnya bukan menjadikan gas sebagai alternatif kepada peralihan tenaga, sebaliknya menguruskan peranannya secara bertanggungjawab dalam langkah berilah kepada sistem tenaga yang lebih pelbagai dan rendah karbon,” katanya. – Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,248 usahawan mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) direkodkan berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata pencapaian itu menunjukkan keberkesanan pembiayaan mikro dalam membantu usahawan meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing.

Beliau berkata hingga September lepas, AIM, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan Bank Rakyat merekodkan sebanyak 272,927 pembiayaan bernilai keseluruhan RM3.14 bilion kepada usahawan mikro, termasuk 233,164 pembiayaan berulang bernilai RM2.63 bilion.

“Dari sudut keberkesanan, jumlah pembiayaan berulang yang tinggi mencerminkan keupayaan usahawan mikro untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan serta mendapatkan modal tambahan bagi mengembangkan operasi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Mohamad menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai keberkesanan peruntukan Belanjawan 2026 dalam meningkatkan kapasiti dan menskalakan perusahaan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdasarkan sasaran serta pencapaian setakat tahun ini.

Mengenai prestasi pembayaran balik pembiayaan, beliau berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) TEKUN Nasional menurun daripada 12.66 peratus pada 2023 kepada 6.60 peratus hingga September tahun ini.

Kadar NPL Bank Rakyat pula berkurang daripada 15 peratus kepada 11 peratus bagi tempoh sama, manakala AIM mencatatkan kadar NPL sifar pada 2025.

Selain pembiayaan, Mohamad berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) turut menyediakan program latihan, bimbingan dan konsultansi yang disertai 2,765 usahawan mikro sehingga September tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai pembiayaan mengikut kaum dan kerjasama dengan pelabur luar, beliau berkata KUSKOP menyediakan pelbagai skim pembiayaan yang turut merangkumi usahawan bukan Bumiputera.

Antaranya pembiayaan RM100 juta disediakan bagi usahawan masyarakat India di bawah TEKUN Nasional, selain program pembiayaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) yang melibatkan sekitar RM153 juta.

Mohamad berkata SME Corp Malaysia turut menyediakan program padanan perniagaan bagi membantu usahawan mendapatkan rakan strategik di dalam dan luar negara, sekali gus memperluas akses pasaran serta peluang mengembangkan perniagaan. – Bernama

BERITA LAIN

2,248 usahawan mikro tingkat skala perniagaan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,248 usahawan mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) direkodkan berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana pada tahun

Pendekatan menyeluruh tangani kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Dasar gaji minimum Malaysia tidak boleh dilihat secara berasingan sebaliknya perlu dilihat sebagai pelengkap kepada bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan langkah penjagaan kesihatan

BERITA TERBARU

Trauma penderaan imej janaan AI

MELBOURNE: Kira-kira satu daripada 15 orang dewasa di Australia, Britain dan Amerika Syarikat (AS) pernah mengalami penderaan berasaskan imej janaan kecerdasan buatan (AI), menurut satu

2,248 usahawan mikro tingkat skala perniagaan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,248 usahawan mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) direkodkan berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana pada tahun