ARTIKEL

FOTO fail Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. | AFP

Trump kekal Presiden Amerika Syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Rumah Putih pada Rabu memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membongkok di atas meja Resolute Desk, disertai mesej, “Makluman khidmat awam: Trump masih Presiden anda”, lapor Anadolu Ajansi.

Hantaran menerusi akaun Rumah Putih di platform media sosial X itu dibuat selepas Parti Demokrat mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa, apabila berjaya menguasai Dewan Perwakilan dan Senat, sekali gus menamatkan penguasaan Parti Republik di Kongres.

Keputusan itu dijangka memberikan Parti Demokrat pengaruh lebih besar untuk menyekat agenda perundangan Trump, memandangkan Parti Republik sebelum ini hanya memiliki majoriti tipis di kedua-dua dewan.

Trump sebelum ini mengakui bahawa Parti Demokrat melakukan tugas dengan baik dalam pilihan raya itu, namun berpendapat calon Parti Republik mungkin memperoleh keputusan lebih baik sekiranya namanya turut tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau turut berkata pengundi menyokong dasarnya terhadap Iran, tetapi mungkin tidak bersedia menerima kesan jangka pendek berapa kenaikan harga petrol.

Sambil memuji calon Parti Demokrat kerana berkempen bersungguh-sungguh, Trump menegaskan keputusan pilihan raya itu bukan satu tamparan buat dirinya.

Presiden itu berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Parti Demokrat dalam banyak perkara, termasuk isu imigresen.-Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Dua maut helikopter tentera terhempas

JAKARTA: Angka kematian meningkat kepada dua orang selepas sebuah helikopter tentera Indonesia terhempas di perairan pulau Borneo ketika misi memadamkan kebakaran pada Rabu, menurut pihak

Bank darah Perancis mangsa serangan siber

PARIS: Sistem penyejukan bank darah Perancis menjadi sasaran serangan siber, serupa dengan serangan terhadap sistem penyejukan di seluruh Eropah awal minggu ini, menurut bank darah

BERITA TERBARU