ARTIKEL

WhatsApp IPEK darah disimpan di dalam kotak di pusat perubatan. | AFP

Bank darah Perancis mangsa serangan siber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Sistem penyejukan bank darah Perancis menjadi sasaran serangan siber, serupa dengan serangan terhadap sistem penyejukan di seluruh Eropah awal minggu ini, menurut bank darah EFS pada Rabu.

EFS memaklumkan bahawa bilik penyejukan di tiga premisnya terjejas akibat serangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sistem penyejukan dimanipulasi secara jarak jauh sehingga menyebabkan suhu operasi meningkat ke paras yang sangat tinggi.

Akhbar penyiasatan Le Canard Enchaîné melaporkan bahawa suhu meningkat daripada -30 darjah Celsius kepada 11 darjah Celsius.

Bagaimanapun, peningkatan suhu itu berjaya dikesan dengan cepat menerusi sistem pemantauan dan penggera, membolehkan tindakan segera diambil.

Menurut EFS, tiada sampel atau produk darah terjejas akibat kejadian itu.

Sistem yang terjejas kini kembali terkawal, manakala stok darah telah dipindahkan ke kemudahan lain sebagai langkah berjaga-jaga.

EFS bertanggungjawab menyimpan stok darah dan sampel biologi dalam unit penyejukan sebelum dihantar ke kemudahan penjagaan kesihatan.

Kejadian itu menyusuli serangan siber terhadap peti sejuk dan penyejuk beku di pasar raya seluruh Eropah yang menyebabkan peningkatan suhu peralatan berkenaan termasuk di Belgium, Sweden, Ireland, Luxembourg, Estonia, Finland, Jerman dan Belanda.

Serangan berskala besar yang serupa pada pertengahan Oktober lalu turut menyebabkan suhu peti sejuk meningkat di beberapa rangkaian pasar raya utama di Perancis.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan masih belum dikenal pasti. – Bernama-dpa

BERITA LAIN

Trump kekal Presiden Amerika Syarikat

WASHINGTON: Rumah Putih pada Rabu memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membongkok di atas meja Resolute Desk, disertai mesej, “Makluman khidmat

Dua maut helikopter tentera terhempas

JAKARTA: Angka kematian meningkat kepada dua orang selepas sebuah helikopter tentera Indonesia terhempas di perairan pulau Borneo ketika misi memadamkan kebakaran pada Rabu, menurut pihak

BERITA TERBARU

Dua maut helikopter tentera terhempas

JAKARTA: Angka kematian meningkat kepada dua orang selepas sebuah helikopter tentera Indonesia terhempas di perairan pulau Borneo ketika misi memadamkan kebakaran pada Rabu, menurut pihak

Trump kekal Presiden Amerika Syarikat

WASHINGTON: Rumah Putih pada Rabu memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membongkok di atas meja Resolute Desk, disertai mesej, “Makluman khidmat