23 warga Thailand ditahan kaut ikan di luar perairan

KUCHING: Seramai 23 warga Thailand ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak hasil penahanan tiga bot nelayan tempatan dipercayai menangkap ikan di bawah jarak yang ditetapkan pada lesen di perairan kurang 27 batu nautika dari Utara Tanjung Po, malam kelmarin.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan berkata, ketiga-tiga bot terbabit dikesan berada ditetapkan iaitu 30 batu nautika sekitar jam 10.12 pagi. Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan masing-masing berusia dalam lingkungan 28 hingga 56 tahun.

“Pasukan peronda pada awalnya menahan tiga bot nelayan tempatan kelas C2 atas kesalahan berada di perairan yang melebihi jarak ditetapkan. “Pemeriksaan mendapati bot tersebut diduduki seramai 23 warga Thailand yang terdiri tiga tekong dan 20 awakawak,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Susulan itu katanya, kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dan undangundang di perairan khususnya di Sarawak. Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat lesen.

Dedahnya, Maritim Malaysia sentiasa akan berusaha memastikan keselamatan kapal dan bot yang berada di perairan negara terjamin serta mematuhi undang-undang dengan meningkatkan tindakan kawalan dan operasi rondaan setiap masa.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan untuk menghubungi pusat operasi Maritim Malaysia Sarawak di talian 082-432544.

Suara Sarawak