ARTIKEL

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada para penerima. - Foto UKAS

231 individu terima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sumbangan besar seramai 231 individu dalam pelbagai bidang diiktiraf apabila menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula jam 11 pagi itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada para penerima atas pencapaian mereka termasuk dalam bidang pentadbiran awam, pendidikan, keselamatan, industri serta khidmat masyarakat.

Upacara dimulakan dengan penganugerahan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada Hasbilah Mohamad Salleh, Austin James Nieet diikuti 21 penerima lain.

Ia disusuli dengan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) kepada Tahir Mohd Sharee, Yalin Asan, Abang Iskandar Bolhassan Abang Mohamad Arif serta 28 penerima lain.

Manakala, Mejar Kaha Othman, Abdul Rahman Ahmad, Awang Hairil bersama-sama 31 penerima lain dianugerahkan darjah Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.).

Sementara itu, 62 individu menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.).

Darjah Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) pula dianugerahkan kepada 61 penerima termasuk Abang Dzulhanif Abang Sukarno, Abdur Majid Mohamad Yusof, Abdul Rahman Isman, Abdul Wahab Venchu Mohamed Yusof, Abu Bakar Wahi serta individu lain.

Turut hadir ke majlis itu ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU