ARTIKEL

PERKASAKAN KIR — Mohammad Duri merakam gambar kenangan bersama penerima Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) di Dewan Pejabat Daerah Saratok, pada Jumaat. Foto: UKAS.

24 KIR terima bantuan Sejahtera MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seramai 24 ketua isi rumah (KIR) dari daerah Saratok, Pusa dan Betong yang berdaftar dalam sistem eKasih menerima Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) di bawah Skop Peningkatan Pendapatan Tahun 2026 bagi membantu memperkukuh sumber pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri berkata pelaksanaan program itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negara.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan komited membantu golongan berpendapatan rendah keluar daripada kepompong kemiskinan melalui pendekatan yang menyeluruh serta bersasar.

“Agenda membasmi kemiskinan bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi pelaksana dan penerima bantuan supaya inisiatif yang disediakan benar-benar dapat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) di bawah Skop Peningkatan Pendapatan Tahun 2026 di Dewan Pejabat Daerah Saratok, pada Jumaat.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Zon Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Zon Sri Aman), Radiah Muhamad dan Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh.

Sehubungan itu, Mohammad berharap penerima bantuan dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang disediakan bagi menjana pendapatan secara mampan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan isi rumah masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak agar terus mendukung aspirasi Malaysia MADANI dalam usaha mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan berkeupayaan meningkatkan taraf kehidupan.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Zon Sri Aman) itu membabitkan pemberian bantuan peralatan secara sekali beri (one-off) dengan nilai keseluruhan RM120,000.

Bantuan yang disediakan meliputi tiga kategori utama, iaitu peralatan pembuatan kuih-muih, peralatan jahitan dan peralatan bengkel bagi membolehkan penerima memulakan atau mengembangkan perusahaan kecil, sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU