ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Ismadi mempamerkan poster kejohanan.

24 Pasukan Berentap Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Kampung Sejijak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Jemputan Kampung Sejijak, Kuching (Piala Dato Fazzrudin Abdul Rahman) 2026 akan berlangsung 4 dan 5 Julai depan.

Ia sekali gus bakal menyaksikan pertembungan hebat 24 pasukan untuk memburu gelaran juara.

Pengerusi kejohanan, Ismadi Sazali@Black memberitahu, kejohanan terbabit berlangsung dua hari di padang bola sepak Kampung Sejijak, Kuching.

“Kejohanan dua hari itu kelak terhad kepada 24 pasukan sahaja. Setakat ini lebih separuh yang sudah mendaftar.

“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya di talian 016-8574220 atau Amirul Aqmal Bolhi di talian 011-40746470,” jelas Ismadi kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, hadiah wang tunai cukup lumayan menanti tiga kelompok pasukan terbaik pada penganjuran kali ini.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat.

Naib juara menerima wang tunai RM1,000, piala dan pingat. Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda PBB Ranting Kampung Sejijak, Kuching dengan kerjasama JKK, Ranting PBB Induk, Wanita PBB Ranting Kampung Sejijak dan Pemuda PBB Cawangan N.6 Tupong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU