MIRI: Hospital Miri memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris atau ahli keluarga terdekat mendiang Sii Tuong Hung, 69, yang meninggal dunia di hospital itu pada 25 September lalu.
Menurut kenyataan hospital berkenaan, mendiang dibawa menggunakan ambulans dari kawasan berhampiran Restoran Pumasera, Miri, sebelum menerima rawatan dan dimasukkan ke Wad Perubatan Lelaki (Wad 5) pada 19 September lalu, jam 6.18 petang.
Bagaimanapun, pihak hospital masih belum menerima sebarang maklum balas atau kunjungan daripada waris, ahli keluarga atau individu yang mempunyai maklumat mengenai mendiang.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali mendiang atau mempunyai maklumat mengenai waris dan ahli keluarganya diminta menghubungi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Miri di talian 085-460600 atau 085-329200 pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat.
Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu pihak hospital mengesan waris mendiang dengan kadar segera.


