ARTIKEL

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

DUN Sarawak: 11 Entiti Terlibat Perdagangan Kredit Karbon Hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 11 entiti terlibat dalam aktiviti perdagangan kredit karbon hutan di Sarawak, dengan tiga daripadanya diberikan Lesen Karbon Hutan melibatkan kawasan seluas 56,806 hektar.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, satu daripada tiga lesen yang diberikan sedang melalui proses validasi oleh badan validasi dan verifikasi yang diiktiraf di bawah piawaian karbon antarabangsa.

“Manakala, dua lagi baru sahaja diluluskan kepada pemegang lesen,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut, pelaksanaan aktiviti perdagangan kredit karbon hutan hanya boleh dilakukan selepas Lesen Karbon Hutan diperoleh di bawah Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022.

Sementara, Len turut mendedahkan lapan entiti lagi diberikan Permit Kajian Karbon yang melibatkan kawasan seluas 179,327 hektar.

“Permit berkenaan membolehkan pemegangnya menjalankan kajian serta menyediakan Dokumen Reka Bentuk Projek Sarawak (SPDD) yang merupakan antara keperluan bagi mendapatkan kelulusan Lesen Karbon Hutan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan satu Permit Kajian Karbon dikeluarkan bagi pelaksanaan Projek Karbon Biru di kawasan Daro tidak termasuk kawasan Paloh dan Serdeng.

“Bagaimanapun, tiada permohonan diterima setakat ini bagi pelaksanaan projek berkenaan di kawasan Daro,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU