ARTIKEL

Pati warga Indonesia yang dihantar pulang melalui Entikong. | Gambar: JIM Sarawak

245 Pati warga Indonesia dihantar pulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 245 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Bekenu dihantar pulang ke negara asal melalui laluan darat pada 22 dan 23 September lalu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berkata, kesemua mereka terdiri daripada 233 orang dewasa dan 12 kanak-kanak.

Menurutnya, mereka dibawa dari Depot Imigresen Bekenu ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu sebelum dihantar pulang melalui Entikong, Indonesia.

“Pemindahan diketuai oleh TPPI Sunarti Zainal selaku Ketua Iring Kawal bersama pasukan pegawai yang terlibat bagi memastikan keselamatan, kawalan dan kelancaran pergerakan sepanjang proses pemindahan,” katanya dalam kenyataan.

JIM Sarawak berkata, pelaksanaan itu mencerminkan komitmennya dalam memastikan urusan pemindahan dan penghantaran pulang warga asing dilaksanakan secara teratur serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum

BERITA TERBARU