ARTIKEL

BERSAMA... Abdul Karim bersama tetamu lain selepas sidang media SAREX26 di Bangunan Baitulmakmur II.

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum temasya itu berlangsung pada September.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tempoh tiga bulan selepas kerja penaiktarafan selesai penting bagi memastikan semua kemudahan berfungsi dengan baik sebelum digunakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ekspo e-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Kebanyakan projek penaiktarafan sedang dilaksanakan kini mendahului jadual, termasuk kerja di Stadium Sarawak dijangka siap pada Januari tahun depan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kontraktor supaya memastikan semua projek disiapkan mengikut jadual bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Beliau yakin semua kerja penaiktarafan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Hotel Imperial bersama kompleksnya dikenal pasti sebagai lokasi penganjuran acara e-sukan sempena Sukan SEA 2027.

Lokasi itu sesuai kerana mempunyai ruang dewan yang luas serta kemudahan penginapan, sekali gus memudahkan pergerakan peserta sepanjang pertandingan.

Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September dan acara sukan dibahagikan kepada empat kluster utama iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Sarawak akan menjadi kluster utama serta lokasi upacara pembukaan, selain menganjurkan 17 acara sukan iaitu akuatik, angkat berat, bola keranjang, boling, boling padang, e-sukan, gimnastik, golf, kriket, memanah, menembak, muay thai, petanque, skuasy, taekwondo, tenis dan wushu.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN