ARTIKEL

RASMI...Jambatan Batang Lupar 2 kini dibuka kepada orang ramai.

Pembukaan Jambatan Batang Lupar 2 permudah perhubungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Jambatan Batang Lupar 2 setinggi 145 meter, yang diiktiraf sebagai jambatan tertinggi di Malaysia, kini dibuka kepada orang ramai, sekali gus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan Sarawak.

Pembukaan jambatan itu memudahkan perjalanan antara Sri Aman dengan Betong serta kawasan utara Sarawak, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada laluan perhubungan sedia ada.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembukaan jambatan berkenaan merupakan detik bersejarah bagi penduduk Sri Aman dan kawasan sekitarnya, khususnya dalam meningkatkan kemudahan perhubungan darat.

“Jambatan ini bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu negeri, malah berpotensi merancakkan pembangunan ekonomi setempat menerusi jaringan perhubungan lebih baik.

Uggah ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan prapelancaran Jambatan Batang Lupar 2, hari ini.

“Mulai hari ini, jambatan ini boleh digunakan orang ramai untuk perjalanan dari Sri Aman ke Betong serta kawasan utara Sarawak.

“Ini merupakan satu kebanggaan rakyat Sarawak dan kita harus berterima kasih kepada Premier Sarawak kerana berjaya mendapatkan dana bagi membina 22 jambatan dengan kos sekitar RM7 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan prapelancaran jambatan berkenaan, di sini, hari ini.

Jambatan Batang Lupar 2 merupakan jambatan ke-14 daripada keseluruhan 22 jambatan yang sedang dibina Kerajaan Sarawak menerusi peruntukan kira-kira RM7 bilion.

Uggah berkata, pembukaan jambatan itu turut membuka peluang lebih luas kepada pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan di Bahagian Sri Aman serta Betong.

“Jaringan jalan raya lebih baik akan memudahkan pergerakan penduduk, selain mempercepat penghantaran hasil pertanian dan produk makanan ke pasaran.

“Kemudahan pusat pembungkusan serta akses ke lapangan terbang juga berpotensi membantu pengusaha tempatan memperluas pemasaran produk masing-masing,” katanya.

Pembukaan jambatan itu turut memperkukuh jaringan perhubungan di kawasan pesisir Sarawak, sekali gus meningkatkan mobiliti penduduk serta menyokong pembangunan sosioekonomi Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

BERITA LAIN

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk