ARTIKEL

Pasukan bomba meneruskan operasi memadam kebakaran hutan berhampiran Kampung Kut, Daro.

25 hektar kebakaran hutan Kampung Kut berjaya dipadam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Sebanyak 25 hektar daripada keseluruhan 29 hektar kawasan hutan yang terbakar berhampiran Kampung Kut berjaya dipadamkan pada hari ketujuh operasi, hari ini.

Bagaimanapun, kira-kira empat hektar lagi masih belum dapat dipadam sepenuhnya.

Operasi pemadaman digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro bersama pasukan bantuan sehingga kira-kira jam 5 petang sebelum ditangguhkan dan akan disambung semula esok.

Ketua BBP Daro, Hasman Bakar berkata, tiga kumpulan pemadaman dibahagikan mengikut sektor bagi mempercepatkan usaha mengawal kebakaran.

“Sektor pertama meliputi kawasan di belakang stesen minyak, manakala sektor kedua melibatkan kawasan sepanjang jalan utama dengan sokongan sebuah jentera bomba, tiga anggota bomba dan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sektor ketiga pula memberi tumpuan di sekitar menara telekomunikasi bagi memastikan api tidak menghampiri kemudahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi turut menggunakan dua jentera pengorek bagi menghalang pergerakan api ke kawasan lain, selain memanfaatkan sumber air dari parit berhampiran.

Menurutnya, operasi berdepan beberapa kekangan termasuk cuaca panas dan kering yang menyebabkan api mudah merebak, sumber air terhad serta laluan masuk yang sempit.

“Liputan GIRN juga kurang memuaskan, namun masih boleh digunakan untuk tujuan komunikasi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU