ARTIKEL

25 saman dikeluarkan dalam operasi motosikal di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebanyak 22 motosikal diperiksa dan 25 saman dikeluarkan dalam operasi motosikal oleh Polis Bau di kawasan Pekan Bau dan Jalan Seropak Krokong semalam, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi tersebut dijalankan bermula jam 5 petang hingga 9 malam oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Seramai 27 penunggang diperiksa sepanjang operasi yang merangkumi kawasan sekitar pasar Bau dan jalan utama Seropak Krokong. Pemeriksaan dijalankan bagi mengesan sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haide menambah, kesalahan paling banyak dikesan termasuk ubah suai ekzos (5 saman), tiada cermin sisi (5 saman) dan ubah suai struktur kenderaan (5 saman).

Selain itu, saman turut dikeluarkan terhadap penunggang yang tiada lesen memandu (4 saman), tiada nombor plet (4 saman) dan nombor plet tidak mengikut peraturan (2 saman).
“Penunggang motosikal dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan diri.

“Polis juga menyeru ibu bapa agar memainkan peranan memantau anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti permotoran yang menyalahi undang-undang.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau akan meneruskan operasi secara berterusan. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan boleh menyalurkan laporan melalui talian 082-763311,” katanya.

TAHAN… Antara motosikal yang diperiksa malam tadi. (Wajah individu dikaburkan bagi menjaga privasi).

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan