ARTIKEL

Sesi pelupusan barang- barang rampasan melibatkan buah-buahan dan tumbuh- tumbuhan. Foto ICQS Lawas

2,529 Kilogram Durian Dilupus Di ICQS Merapok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Kira-kira 2,529 kilogram (kg) buah durian, 20kg buah dabai dan satu pokok moringga dilupus di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok di sini, semalam.

ICQS Merapok dalam kenyataan media berkata, sesi pelupusan barang- barang rampasan melibatkan buah-buahan dan tumbuh- tumbuhan daripada Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak, disaksikan agensi daripada Jabatan Kastam Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ICQS Merapok, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan (RELA).

“Sebanyak lapan DOP (Detention Of Plant) yang dilupuskan antaranya 2,529 kg buah durian, 20 kg buah dabai dan satu pokok moringga.

“Pegawai pengesahan saksi utama adalah daripada pegawai pertanian kanan dan pegawai kanan kastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, cara pemusnahan ini dibuat dengan lubang akan digali dan barang- barang rampasan akan ditanam dan dibakar.

Katanya, pelupusan terhadap komoditi adalah menunggu tujuh hari hak lucut sebelum di lupuskan dan semua barang rampasan telah melepasi 12 hari daripada awal rampasan.

“Tindakan penguatkuasaan ini, akan sentiasa berterusan dan setiap agensi yang ada di ICQS Merapok akan mengguna pakai akta yang sedia ada dalam membuat kawalan di sempadan,” katanya. – TVS

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan