ARTIKEL

SELESAI TAKLIMAT... Dr Abang Ismail (tengah) bersama yang lain selesai sesi cabutan undi.

26 pasukan berentap dalam kejohanan bola baling

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2024 akan berlangsung di UNIMAS, Kota Samarahan bermula dari 17 hingga 21 September ini.

Kejohanan anjuran badan induk, Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA) itu menghimpunkan 26 buah pasukan handalan iaitu 14 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Setiausaha Agung SAHA, Dr Abang Ismail Abang Haji Julhi menegaskan, dua kategori dipertandingkan pada kejohanan terbabit.

Kategori lelaki bagi merebut Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-17.

Selain kategori wanita bagi merebut Piala Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-12.

Menurut Dr Abang Ismail, pasukan yang turut serta pada saingan kali ini mewakili pelbagai kelab handalan dari Sarawak, Sabah, Semenanjung selain wakil dari negara jiran.

“Pihak kita menjangka saingan kali ini lebih sengit mengambil kira pembabitan pelbagai kelab handalan terbabit,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Dr Abang Ismail, semalam telah berlangsung taklimat ringkas dan cabutan undi.

Dalam pada itu, hadiah wang tunai RM3,000, RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 menanti pasukan yang berjaya muncul juara hingga tempat keempat selain piala dan pingat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU