ARTIKEL

GAMBAR KENANGAN… Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak (duduk, tengah) bersama 26 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak yang menerima pemakaian dan pengesahan pangkat Deputi Superintenden Polis (DSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

26 pegawai kanan PDRM Sarawak terima pangkat DSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi perkhidmatan, malah menuntut komitmen dan integriti lebih tinggi dalam kalangan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada masyarakat terus diperkukuh.

Seramai 26 pegawai kanan PDRM Kontinjen Sarawak menerima pemakaian dan pengesahan pangkat Deputi Superintenden Polis (DSP) pada majlis di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Khamis.

Daripada jumlah itu, 14 pegawai menerima pengesahan pangkat DSP, manakala 12 lagi dinaikkan pangkat daripada Asisten Superintenden Polis (ASP) kepada DSP.

KENANGAN… Saifullizan (berdiri, tengah) bersama pegawai kanan dan anggota PDRM Kontinjen Sarawak pada Majlis Pemakaian Pangkat DSP di Dewan Mes Pegawai Kanan, IPK Sarawak, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, yang menyifatkan kenaikan pangkat itu sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, prestasi, integriti dan pengorbanan pegawai sepanjang berkhidmat dalam pasukan.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan perlu disusuli keupayaan memimpin secara profesional, membuat keputusan tepat serta memastikan setiap tanggungjawab dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya, setiap pegawai kanan perlu mengamalkan kepimpinan terbuka dengan mendengar pandangan anggota, menggalakkan inisiatif serta membimbing mereka untuk meningkatkan mutu pelaksanaan tugas.

Beliau turut menegaskan kecemerlangan pasukan bukan sahaja diukur melalui pencapaian operasi, malah bergantung pada kualiti perkhidmatan diberikan kepada masyarakat.

Katanya, persepsi dan keyakinan orang ramai terhadap PDRM banyak dipengaruhi pengalaman mereka ketika berurusan dengan pihak berkuasa, khususnya dari segi layanan, pengendalian aduan dan bantuan yang diberikan.

Justeru, beliau mengingatkan pegawai kanan supaya sentiasa mengutamakan profesionalisme, integriti dan kecekapan dalam melaksanakan amanah bagi memastikan perkhidmatan kepolisan memenuhi harapan masyarakat.

BERITA LAIN

26 pegawai kanan PDRM Sarawak terima pangkat DSP

KUCHING: Kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi perkhidmatan, malah menuntut komitmen dan integriti lebih tinggi dalam kalangan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi

BERITA TERBARU

26 pegawai kanan PDRM Sarawak terima pangkat DSP

KUCHING: Kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi perkhidmatan, malah menuntut komitmen dan integriti lebih tinggi dalam kalangan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi

Safawi nafi sengaja tinggalkan kem Harimau Malaya

KUCHING: Pemain Kuching City FC, Safawi Rasid menegaskan beliau tidak pernah menolak panggilan skuad kebangsaan sepanjang kariernya, susulan tindakannya meninggalkan kem latihan Harimau Malaya di