ARTIKEL

Program Ihsan Food Bank bantu ringankan beban pelajar kurang mampu di UiTM Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pasar Mini Keluarga, Daro menyumbangkan barangan makanan, minuman dan produk penjagaan diri menerusi Program Ihsan Food Bank Siswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Mukah, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh wakil rakan strategik berkenaan, Ting Leh Sing pada majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Menurut Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Mukah, inisiatif tersebut adalah bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar kurang berkemampuan.

SUMBANGAN… Ting (baju merah) menyampaikan sumbangan menerusi Program Ihsan Food Bank Siswa di UiTM Cawangan Mukah, hari ini.

“Inisiatif itu diharap dapat membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan harian.

“Bantuan berkenaan diharap membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran dan mencapai kecemerlangan akademik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hadir sama, Penolong Rektor UiTM Mukah, Dr Yussri; Ketua Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agro, Dr Sharifah Raina serta Penolong Pendaftar Pelajar, Marilyn Edna.

RAKAM KENANGAN… Pihak KPDN Cawangan Mukah merakam kenangan bersama-sama pihak UiTM Cawangan Mukah dan yang lain selepas program tersebut.

Turut hadir Penyelaras Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Ariff Azizi, selain pensyarah dan pelajar Kelab Gerakan Pengguna Siswa.

KPDN Cawangan Mukah pula diwakili oleh Ketua Unit Kepenggunaan, Norshahida bersama Nur Iqmal, Mohammad Danial, Ivy dan Mohammad Faies yang mewakili Penyelaras Program Ihsan Food Bank.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU