ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (berbaju biru) melawat Penyerahan Projek Siap 2 Dalam 1 membabitkan SMK Dalat dan SMK Semop, di sini, hari ini.

27 Projek Pembinaan, Naik Taraf Sekolah Di Sarawak Siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Sebanyak 27 daripada 76 projek pembinaan dan naik taraf sekolah di Sarawak siap setakat ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata kesemua projek berkenaan dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR), dengan keseluruhan kos dianggarkan mencecah RM4.53 bilion.

Katanya, 25 projek lagi dalam pembinaan, manakala 24 masih dalam peringkat perancangan.

“Daripada 25 projek yang sedang dibina, tujuh dijangka siap secara berperingkat antara Jun hingga hujung tahun ini dengan nilai keseluruhan RM223.64 juta.

“Ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperbaiki dan menaik taraf infrastruktur pendidikan di Sarawak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap 2 Dalam 1 membabitkan SMK Dalat dan SMK Semop, di sini, hari ini.

Nanta berkata, projek yang siap termasuklah pembinaan bangunan gantian 18 bilik darjah di SMK Dalat dan pembinaan bangunan baharu 12 bilik darjah di SMK Semop, yang dilancarkan hari ini.

Katanya, usaha itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih selesa, selamat dan kondusif khususnya kepada pelajar di kawasan luar bandar.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Kapit itu mendedahkan bahawa projek pembinaan bangunan baharu di SMK Semop, Daro berjaya disiapkan 164 hari lebih awal daripada jadual asal tanpa memerlukan lanjutan masa (EOT).

Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan kecekapan pelaksanaan projek serta profesionalisme tinggi semua pihak yang terlibat dan wajar dijadikan penanda aras dalam pelaksanaan projek pembangunan kerajaan pada masa hadapan.

Manakala bagi projek SMK Dalat, katanya projek itu turut dilengkapi kemudahan seperti kantin, surau, pondok pengawal, sistem utiliti dan kumbahan, tempat letak kenderaan serta laluan berbumbung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU