ARTIKEL

29 buah perahu buru raja sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ACARA sukan air berprestij, Regata Lingga 2023 yang akan berlangsung hari ini (Khamis) hingga Ahad, menyaksikan pertembungan 29 pasukan handalan bagi pemburuan gelaran ‘raja sungai’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.28 Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor memberitahu, perlumbaan empat hari itu menampilkan enam jagoan terbilang dengan status gelaran raja sungai berbeza.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.28 Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor

Khazanah U*Jang (Raja Sungai Pesta Sebauh), Todak Berjaya (Raja Sungai Regata Kalaka), Burung Garuda (Raja Sungai Pesta Benak), Sinaran Ratu Siska (Regata Sejijak, Kuching), Baracuda (Raja Sungai Regata Tandang Sari, Pusa) dan Putri Dang Balai Yayasan Sarawak (Regata Sarawak).

Penampilan tunggal pasukan jemputan dari negara jiran, Brunei Darussalam iaitu 1 SPTB Brunei bakal merancakkan saingan.

Menurut Noorazah, pasukan lain yang turut serta ialah Lanun Dinara Cut, Benak Sadong, Pak Anjang, Team Komeng, Bintang 9 Komeng Saribas, Nur Cahaya Helang, Kijang Mas Ular Melancar Pansuman, Dang Esah Tandang Sari, Bintulu Port Garuda, Intan Terpilih, Cahaya Intan, Cahaya Puteri Lilin, Laksamana Ariff, Sinampuan Lawas FT Burung Garuda, Khazanah, Cahaya Putri Ruai, Seluang Putih, Cahaya Sulong, Todak Berjaya, Sinaran Ratu Balqis, Sinaran Ratu Tasmin, Waris Putih Simanggang, Todak Sakti dan Pansari.

aingan hari pertama (Khamis) membabitkan perlumbaan bot dengan kelajuaan berbeza.

Manakala pada (Jumaat, Sabtu & Ahad) melibatkan perahu bidar. Menurut Noorazah, pihaknya menjangkakan pertembungan sengit sepanjang tiga hari perlumbaan yang membabitkan 29 buah pasukan itu kelak.

Enam kategori dipertandingkan iaitu perahu bidar 8, 10, 15, 20, 25 dan 30 orang pengkayuh.

Sebanyak 30 acara pelepasan bakal dilangsungkan. Perlumbaan hari pertama dan kedua (Jumaat & Sabtu) lebih kepada peringkat saringan.

Kesemua acara akhir berlangsung pada Ahad termasuk kategori tumpuan, perahu bidar 30 pekayuh (Raja Sungai 2023). Habuan RM15,000 menanti juara kategori utama (Raja Sungai Regata Lingga 2023).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU