ARTIKEL

Kredit: Magnific

30 Maut, 15 Cedera Dalam Kebakaran Lori Tangki Di Giza, Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAHERAH: Seramai 30 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah lori tangki bahan api di wilayah Giza pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).


Kementerian Kesihatan dan Kependudukan Mesir memaklumkan bahawa kebakaran berlaku di bahagian atas Terowong 10 di kawasan Warraq, Imbaba.


Menurut kementerian, 39 ambulans dikerahkan bagi operasi menyelamat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pakar Sheikh Zayed, Hospital Besar Imbaba dan Hospital Pusat Warraq untuk menerima rawatan.


Menteri Kesihatan dan Kependudukan Khaled Abdel-Ghaffar mengarahkan tahap kesiapsiagaan dipertingkatkan di bilik pengurusan krisis pusat kementerian serta hospital berhampiran lokasi kejadian.


Beliau turut mengarahkan kedua-dua timbalannya meninjau lokasi kejadian dan hospital yang menerima mangsa bagi menyelia operasi tindak balas kecemasan.


Kementerian memaklumkan bahawa pihaknya terus memantau perkembangan dan menyelaras usaha dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan mangsa yang cedera menerima rawatan perubatan sewajarnya.

BERITA LAIN

ACL2: Safawi Bersedia, Ajdin Belum Pasti

KUCHING: Ketika Safawi Rasid berada pada prestasi terbaik, penyertaan penyerang Ajdin Mujagic masih menjadi tanda tanya buat Kuching City FC menjelang pertemuan penting menentang Phnom

BERITA TERBARU

Jude Bellingham Dipuji Pertahan Wartawan Wanita

KUCHING: Bintang Real Madrid, Jude Bellingham mendapat pujian ramai selepas mempertahankan seorang wartawan wanita yang diganggu ketika mengemukakan soalan dalam sesi temu bual selepas kemenangan

ACL2: Safawi Bersedia, Ajdin Belum Pasti

KUCHING: Ketika Safawi Rasid berada pada prestasi terbaik, penyertaan penyerang Ajdin Mujagic masih menjadi tanda tanya buat Kuching City FC menjelang pertemuan penting menentang Phnom