SIBU: Sebanyak 19 kes positif dicatatkan di Sibu yang bukan daripada Kluster Pasai menunjukkan wujud jangkitan tempatan yang tidak tahu siapa perebak utama dan dari mana kluster itu muncul.
Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew memberi bayangan bahawa Covid-19 ini sudah menjangkiti rumah panjang di kawasan luar Pasai malah merebak ke komuniti lain yang tiada kaitan dengan kes Pasai.
Namun begitu, beliau tidak mendedahkan kawasan mana beberapa rumah panjang yang mencatatkan 15 kes positif Covid-19 melalui jangkitan tempatan itu.

Lau yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, jangkitan tempatan yang tidak tahu dari mana punca ini satu petunjuk yang tidak baik dan membimbangkan.
“Ia sudah menjangkiti lebih banyak rumah panjang di kawasan Sibu melalui jangkitan tempatan.
“Jangkitan tempatan ini masih dalam siasatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kita berharap kes positif Covid-19 yang akan diumumkan oleh JPBN petang nanti tidak mencatatkan banyak kes tempatan,” ujarnya.
Lau menjelaskan jika senario jangkitan tempatan ini menunjukkan trend meningkat ia harus diambil serius oleh semua pihak.
Oleh yang demikian, beliau menggesa agar rumah-rumah panjang di sekitar Sibu supaya sentiasa mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.
“Jangan keluar rumah duduklah di bilik masing-masing. Virus ini sudah ada sekeliling kita tidak kira anda jauh dari kawasan Pasai Siong,” tegas beliau.
Bercakap mengenai perkembangan sekatan pergerakan di rumah-rumah panjang di Sibu, beliau memberitahu lebih daripada 30 rumah panjang telah dikenakan perintah tersebut.
Ini kerana, banyak kes positif membabitkan jangkitan tempatan melibatkan penduduk rumah panjang di sini.


Wenzel Mahu Tebus Kecewa Di Kemboja, Janji Beri Segalanya Untuk Sarawak
KUCHING: Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls mahu menjadikan aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di laman sendiri sebagai peluang menebus kekecewaan selepas gagal


