ARTIKEL

300 Kakitangan BDA Ikrar Perangi Rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 300 kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyertai Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Pengukuhan Integriti di Auditorium BDA, Wisma Bintulu, baru-baru ini.

Program tahunan anjuran BDA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Bintulu itu bertujuan memperkukuh komitmen warga kerja terhadap nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus beretika dalam pelaksanaan tugas.

Dalam majlis itu, kakitangan BDA melafazkan ikrar bebas rasuah sebagai simbol kesungguhan organisasi membanteras sebarang bentuk salah guna kuasa serta amalan tidak berintegriti.

Selain ikrar, program tersebut turut disertai ceramah pengukuhan integriti bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman kakitangan mengenai kepentingan amalan bebas rasuah dalam tugasan harian.

BDA berharap penganjuran berterusan majlis seumpama itu dapat memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga BDA serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan beramanah kepada masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU