ARTIKEL

Sagah ketika ditemui pemberita.

3,000 perwakilan dijangka hadiri konvensyen khas PBB Zon Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 3,000 perwakilan daripada 26 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka menghadiri Konvensyen Khas PBB Zon Selatan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), esok.

Naib Presiden PBB, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, perwakilan terdiri daripada ahli parti, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Belia serta golongan veteran.

Fadillah (tengah) dan Sagah (kiri) ketika meninjau persiapan akhir Konvensyen Khas PBB Zon Selatan 2026.

Persiapan bagi konvensyen itu berjalan lancar dan pihak penganjur berharap program berkenaan berlangsung dengan jayanya.

“Setakat ini, semua persiapan berjalan lancar dan kita berharap acara esok akan berlangsung dengan lebih meriah serta berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa persiapan akhir konvensyen itu, hari ini.

Turut hadir meninjau persiapan berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Konvensyen itu dijadual menampilkan ucapan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebelum beliau menyempurnakan perasmian program berkenaan.

BERITA LAIN

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menyasarkan untuk menjadi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri pertama menawarkan program ijazah perubatan bagi membantu menangani kekurangan doktor dan

BERITA TERBARU

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menyasarkan untuk menjadi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri pertama menawarkan program ijazah perubatan bagi membantu menangani kekurangan doktor dan