ARTIKEL

31 korban serangan bersenjata di Pakistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOHAT: Angka korban akibat letupan dan serangan bersenjata di ibu pejabat polis di utara Pakistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 16 anggota polis, kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP pada Sabtu.

“Sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 16 anggota polis telah terbunuh dan lebih 100 lagi cedera setakat ini dalam serangan militan dan pengeboman bunuh diri itu,” kata pegawai tersebut, sambil menambah bahawa pertempuran masih berterusan.

Penyerang menceroboh kompleks Old Police Lines di Kohat, sebuah bandar yang didiami kira-kira 220,000 penduduk di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan, pada petang Jumaat.

Kompleks polis itu berfungsi sebagai ibu pejabat polis peringkat daerah, yang menempatkan jabatan-jabatan penting seperti Jabatan Antikeganasan, Cawangan Khas dan beberapa unit polis yang lain.

“Beberapa militan masih berkurung di pejabat Cawangan Khas Kompleks Polis Kohat,” kata pegawai polis itu kepada AFP dengan syarat namanya tidak disiarkan.

“Pertukaran tembakan dengan mereka telah berterusan sejak lewat malam tadi. Jumlah sebenar mereka masih belum jelas,” tambah pegawai itu.

Pakistan menyalahkan kegiatan militan dari Afghanistan atas peningkatan serangan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa serta wilayah sempadan selatan Balochistan, di mana kerajaan Taliban menafikan sebarang penglibatan pihak Afghanistan.

Dakwaan itu telah mencetuskan ketegangan serta konflik bersenjata antara kedua-dua negara berjiran tersebut, manakala Pakistan pula bertindak melancarkan serangan udara maut yang didakwa menyasarkan kumpulan militan di dalam wilayah Afghanistan.

Kerajaan Taliban di Kabul dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dalam siri serangan terbaharu Pakistan di timur Afghanistan pada bulan Jun.-AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha