31 NGO terima sumbangan MRP DUN Repok

SARIKEI: Sebanyak 31 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN N.45 Repok.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii di Pusat Khidmat DUN Repok, semalam.

Antara NGO yang menerima sumbangan termasuklah Persatuan Guru Cina, Persatuan Taekwondo Ling Ling Sarikei,
Kelab sukan rekreasi JBALB SARIKEI, PIBG Kwang Chien, Persatuan bola tampar dan Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei.

Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan RM50,000 daripada Unifor kepada Gereja SIB Iban Sarikei.

“Sumbangan ini membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat keperluan NGO untuk melaksanakan aktiviti mereka.

Huang menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah persatuan sukan.

“Saya berharap mereka menggunakan sepenuhnya sumbangan itu untuk manfaat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, NGO memainkan peranan lebih proaktif menganjurkan program dengan melibatkan penyertaan segenap lapisan masyarakat.

Sebagai sebuah pertubuhan katanya, mereka perlu memperkasakan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk  kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

“NGO juga berperanan penting sebagai platfotm untuk mengeratkan perpaduan dan menarik penyertaan  golongan muda bagi mengelak mereka terjebak aktiviti tidak sihat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberikan sokongan padu dalam usaha kita membela rakyat khususnya di DUN Repok,” tambahnya.