ARTIKEL

Datuk Amar Dr. Sim Hui Kian bergambar bersama-sama ahli Majlis Daerah Sarikei selepas upacara akad sumpah di Dewan Sentral Sarikei.

32 ahli MDS angkat sumpah, Wong Kie Yong Dilantik Pengerusi Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seramai 32 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Daerah Sarikei (MDS) mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Sentral Sarikei, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan di hadapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Hui Kian.

Kesemua kaunselor yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab mereka bagi tempoh tiga tahun, bermula April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Dalam majlis yang sama, Wong Kie Yong diumumkan sebagai Pengerusi MDS yang baharu, manakala Missiah Abu Seman kekal sebagai Timbalan Pengerusi.

Kesemua ahli majlis masing –masing mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)