ARTIKEL

KAWAL PERMAINAN...Perancang tengah KCFC, Petrus Shitembi (kiri) tenang mengawal bola.

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) dalam pertemuan di Kuching pada 5 November ini.

Ketua Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak percaya faktor cuaca dan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri mampu menjadi pemangkin kebangkitan skuad The Cats selepas tewas dalam aksi ketiga Kumpulan H di Stadium Gangneung, malam tadi.

“Walaupun tewas 0-1, saya percaya pertemuan di laman sendiri nanti akan menjadi perlawanan berbeza kerana faktor cuaca dan kelebihan gelanggang sendiri.


Aidil pada perlawanan ACL2 menentang Gangwon FC di
Stadium Gangneung, malam tadi. Foto: Kuching City FC

“Kami tahu tahap bola sepak Korea Selatan sangat tinggi, terutama dari segi kualiti teknikal pemain, tetapi perlawanan ini memberikan banyak pengajaran kepada pasukan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Mengulas kekalahan itu, Aidil tetap berpuas hati dengan semangat juang anak buahnya yang tidak mengalah meskipun ketinggalan hasil jaringan Choe Byeong-chan pada minit ke-28.

Dalam pada itu, Aidil menyifatkan penyertaan sulung Kuching City dalam ACL2 sebagai pengalaman berharga untuk meningkatkan kemampuan pemain bersaing dengan kelab terbaik Asia.

Beliau turut mengakui Kuching City berdepan cabaran apabila empat pemain import utama tidak dapat bersama pasukan akibat kecederaan, namun percaya kehadiran pemain berkualiti mampu membantu meningkatkan prestasi pemain tempatan.

Skuad The Cats kini mengalihkan tumpuan kepada aksi timbal balik menentang Gangwon pada 5 November ini di Stadium Taha Ariffin pada jam 8.15 malam dengan misi memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan H.

CABARAN UDARA…Pemain pertahanan The Cats, Yuki Tanigawa (77) melonjak tinggi memberi ancaman ke kubu lawan.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU