ARTIKEL

GILBERD melakukan pemeriksaan barisan Kawalan Kehormatan sempena Majlis Perasmian Balai Polis Beladin di sini, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

32 Tahun Menabur Bakti, Perasmian Balai Polis Beladin Jadi Penutup “Helaian Indah” Karier Wira Saribas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELADIN: Amanah yang diberikan bagi menyempurnakan perasmian Balai Polis Beladin disifatkan sebagai “helaian indah” yang menutup lembaran panjang kerjaya Pesuruhjaya Polis (CP) Gilberd Philip Layang dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut anak jati Saribas itu, beliau berasa amat terharu serta bangga kerana dapat menyaksikan satu lagi keberhasilan usaha Jabatan Logistik dan Teknologi dalam memastikan kemudahan terbaik disediakan untuk warga pasukan, khususnya di kawasan luar bandar seperti Beladin.

“Lebih manis apabila majlis perasmian ini berlangsung ketika saya semakin menghampiri detik persaraan.

“Justeru, ia membawa makna mendalam bagaikan helaian indah yang menjadi penutup perjalanan panjang kerjaya saya dalam perkhidmatan PDRM dan akan menjadi antara kenangan terindah dalam diri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Polis Beladin di sini, hari ini.

Beliau dijadualkan menamatkan perkhidmatan dalam tempoh dua bulan lagi selepas menabur bakti selama 32 tahun bersama pasukan tersebut.

Beliau mengakui kejayaan penubuhan Balai Polis Beladin merupakan hasil sokongan kolektif warga PDRM, rakan jabatan serta komuniti yang sentiasa memberikan kerjasama erat selama ini.

“Ini juga simbolik kepercayaan, amanah dan harapan pucuk pimpinan PDRM terhadap kita untuk memperkukuh kesiapsiagaan pasukan.

“Di samping amanah memelihara keselamatan rakyat, ia juga mencerminkan harapan agar institusi keselamatan terus menjadi nadi ketenteraman bagi seluruh komuniti Beladin dan kawasan sekitarnya,” jelas beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU