ARTIKEL

Nancy (tiga kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sempena majlis perasmian Program Sokongan Penjaga Insan Sejahtera (SPeKTRUM) Peringkat Negeri Sarawak di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

3,235 penerima di Sarawak manfaat bantuan penjagaan JKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 3,235 penerima di Sarawak mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), melibatkan perbelanjaan lebih RM10.4 juta setakat Jun 2026 bagi meringankan beban keluarga yang menjaga golongan memerlukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan berkenaan merangkumi Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar, Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT).

Nancy ketika berucap.

Katanya, BPT disediakan kepada mereka yang memenuhi syarat bagi membantu keluarga yang menjaga pesakit dalam kategori berkenaan.

“Sehingga Jun 2026, seramai 42,036 penerima di seluruh negara telah menerima bantuan ini dengan jumlah perbelanjaan lebih RM119.5 juta.

“Di Sarawak, seramai 3,235 penerima telah mendapat manfaat melibatkan perbelanjaan lebih RM10.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Program Sokongan Penjaga Insan Sejahtera (SPeKTRUM) Peringkat Negeri Sarawak di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy menambah, dalam tempoh sama, Bantuan Warga Emas (BWE) telah disalurkan kepada 170,133 penerima di seluruh negara, melibatkan perbelanjaan melebihi RM609 juta.

“Daripada jumlah tersebut, 23,034 penerima adalah dari Sarawak, dengan perbelanjaan melebihi RM94.3 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, menjaga ahli keluarga yang uzur, kurang upaya, menghidap penyakit kronik atau terlantar sakit bukanlah tanggungjawab yang mudah, sebaliknya memerlukan kemahiran, kesabaran, kekuatan emosi dan sokongan yang berterusan.

“Dalam banyak keadaan, penjaga terpaksa menyesuaikan kehidupan mereka demi memastikan insan tersayang terus terbela. Sumbangan mereka mungkin tidak selalu terlihat, tetapi nilainya sangat besar kepada keluarga dan masyarakat.

“Sebab itulah, apabila kita menjaga kebajikan individu yang memerlukan bantuan, kita tidak boleh melupakan kebajikan orang yang menjaga mereka. Penjaga juga perlu dijaga dan diperkasa,” jelasnya.

Dalam hal berkaitan, beliau memberitahu, menerusi SPeKTRUM, peserta juga diberikan latihan, pengetahuan, motivasi dan sokongan psikososial supaya mereka dapat memberikan penjagaan yang lebih baik tanpa mengabaikan kesejahteraan diri sendiri.

“Menjaga diri bukan bererti mengabaikan orang lain, tetapi membantu kita kekal kuat untuk terus memberikan penjagaan yang terbaik,” tegasnya.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang