ARTIKEL

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Yusuf Abd Wahab hadir memeriahkan GP Belawai Siri II di Pantai Belawai. Turut kelihatan Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Abdul Rahman Abdul Wahab dan pemilik serta pengurus Iftitah Resort & Restaurant, Ibnee Ekni.

324 pemancing rebut hadiah RM12,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Seramai 324 orang pemancing menyertai pertandingan GP Belawai Siri II di Pantai Belawai, hari ini, dengan hadiah utama RM12,000 menjadi rebutan.

Jumlah penyertaan itu meningkat berbanding 315 peserta pada penganjuran siri pertama, termasuk empat orang pemancing dari Brunei Darussalam.

Pertandingan anjuran Jabatan Perikanan Laut Malaysia dengan kerjasama Iftitah Restaurant & Resort itu turut menawarkan RM3,000 kepada naib juara dan RM1,500 bagi tempat ketiga.

Hadiah wang tunai serta peralatan memancing turut disediakan untuk peserta yang menduduki tempat keempat hingga ke-20.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Yusuf Abd Wahab menyempurnakan acara pelepasan peserta sambil menyifatkan program berkenaan mampu mengembangkan sukan memancing di Pantai Belawai.

Katanya, kehadiran ratusan peserta turut memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat menerusi peluang perniagaan sepanjang pertandingan berlangsung.

“Program berkenaan bukan sahaja menjadi platform mengeratkan hubungan antara peserta dan komuniti, malah membantu memperkenalkan Kampung Belawai sebagai destinasi yang mempunyai potensi pelancongan,” katanya.

“Pertandingan ini berpotensi diketengahkan sebagai produk pelancongan baharu bagi menarik lebih ramai pengunjung, selain membuka ruang kepada pengusaha makanan, kedai peralatan memancing dan inap desa menjana pendapatan,” jelasnya.

Yusuf turut mengingatkan peserta supaya menjadikan aspek persahabatan dan pengalaman sebagai nilai utama, selain mengharapkan penganjuran GP Belawai dapat diteruskan dan dikembangkan pada masa akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU