ARTIKEL

Kredit: Maritim Malaysia Perak

34 PATI ditahan selepas bot dipintas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 34 pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di perairan Perak dekat Lumut awal pagi semalam.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata operasi menggunakan KM Nusa dan Bot Penggalang 1639 itu bermula Sabtu bagi mengesan dan memintas bot yang disyaki membawa PATI.

Beliau berkata pada 4.20 pagi 9 Ogos, Bot Penggalang 1639 mengesan sebuah bot dipercayai dari Indonesia bergerak dalam keadaan gelap menuju Pantai Teluk Frigi sebelum memecut ke arah pantai apabila menyedari kehadiran penguat kuasa.

Tim Darat PGA kemudian berjaya menahan 34 PATI pada 5 pagi, terdiri daripada 22 lelaki dan 12 perempuan, sebelum kesemua mereka diserahkan kepada PGA untuk tindakan lanjut.

Mohamad Shukri berkata kejayaan itu membuktikan keberkesanan kerjasama APMM dan PGA dalam mengekang kemasukan PATI serta aktiviti rentas sempadan melalui laluan laut seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU