ARTIKEL

Datuk Sri Fatimah Abdullah pada sidang media selepas menyuarat Laporan Bulanan Jawatankuasa Sehenti (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah Dan Substans (MIDS) Sarawak Bil. 3, di sini, hari ini.

345 kg dadah dirampas di Sarawak dalam tempoh 9 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sepanjang bulan Januari hingga September tahun ini, sebanyak 345.43 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dirampas oleh agensi-agensi penguatkuasaan narkotik di seluruh Sarawak.

Rampasan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak itu merangkumi 204.73 kg dadah jenis syabu/methamphetamine; ganja (84.63 kg); serbuk ekstasi (44.99 kg); ketamine (10.94 kg) dan ketum (128 Kg).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, selain itu sejumlah 10,268 dadah berbentuk pil merangkumi 8,807 biji pil ekstasi,430 biji pil eramin 5 dan 31 biji pil nospan telah dirampas untuk tempoh yang sama.

“Kesemua rampasan ini berjumlah RM21,947,607.22. Impak rampasan ini mampu menyekat sebanyak 394,085 kali penggunaan dadah dan bahan terlarang serta menyelamatkan seramai 97,237 individu bagi tempoh sebulan.

“Nilai rampasan ini adalah peningkatan sebanyak 184.91 peratus berbanding dengan nilai rampasan bagi tempoh yang sama pada tahun lalu yang berjumlah RM 7,703,078.85,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyuarat Laporan Bulanan Jawatankuasa Sehenti (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah Dan Substans (MIDS) Sarawak Bil. 3, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya untuk tempoh yang sama Sarawak merekodkan sebanyak 8,768 kes yang melibatkan 8,984 tangkapan hasil daripada 6,088 operasi, sekali gus peningkatan sebanyak 11.88 peratus berbanding 8,030 tangkapan pada tahun lalu.

“Daripada jumlah tangkapan itu, sebanyak 2,656 dilaporkan di Daerah Kuching, diikuti Sibu (1,009 orang), Miri (972 orang), Bintulu (758 orang) dan Samarahan (469 orang),” ujarnya.

Tambahnya, bagi kesalahan positif urin di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sebanyak 6,995 kes yang melibatkan 6,065 tangkapan telah direkodkan di seluruh negeri.

“Bilangan tangkapan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 48.21 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu yang seramai 4,717 tangkapan, menurun 7.8 peratus atau 859 tangkapan berbanding tahun lalu,” katanya lagi.

Tegasnya, Kerajaan Sarawak komited membanteras segala aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dengan meningkatkan operasi serta meningkatkan intervensi bersepadu bagi rawatan dan pemulihan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU