ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Morshidi Fredrick (tengah) bersama-sama ang lain menunjukkan logo rasmi selepas sidang media.

35 pasukan berentap dalam Kejohanan Tenpin Boling Berpasukan Kenyalang Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Tenpin Boling Berpasukan Kenyalang Sarawak 2024 (SHTC24) yang akan berlangsung dari 4 hingga 9 Mac depan, bakal menyaksikan sebanyak 35 pasukan berentap merebut gelaran juara.

Kesemua pasukan yang mewakili negeri masing-masing dari Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak selaku tuan rumah bakal memburu kejuaraan di Megalanes, Batu Kawa, di sini.

Di samping turut menyaksikan penampilan pasukan Jakarta, Indonesia.

Naib Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS), Robert Lu Nam Min berkata, kejohanan enam hari itu menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM70,000.

“Beberapa pecahan kategori dipertandingkan sepanjang saingan berlangsung.

“Apa yang pasti juara bertahan pasukan Sunway Megalanes akan turut serta dalam saingan kali ini,” ujar Robert pada sidang media di Pusat Akuatik Pandelela, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Robert menegaskan, kejohanan untuk edisi ketiga itu lebih mirip kepada Pra Sukma dan pasti pasukan bertanding akan mempertaruhkan pemain muda yang akan beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Kejohanan ini dianjurkan oleh ABAS dengan kerjasama SSC.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick; Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan; Presiden ABAS, Sunny Si Poh Heng dan Timbalan Presiden ABAS Saifulbahri Shukri.

BERITA LAIN

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Sarawak sasar jana 15GW elektrik menjelang 2035

BANGKOK: Sarawak meletakkan dirinya sebagai kuasa tenaga bersih di rantau ASEAN Selatan dengan sasaran menjana sehingga 15 gigawatt (GW) elektrik menjelang 2035, seterusnya mengeksport lebihan

BERITA TERBARU

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Peresa dulu isi gambar, grafik AI

KUCHING: Penguna aplikasyen pemintar digaga (AI) dipinta meresa dulu isi gambar tauka grafik ti dipansutka teknologi nya sebedau ngena tauka ngerembai isi nya ba media