ARTIKEL

Thomas (belakang, tiga kanan) menyerahkan hadiah dan sijil kepada pemenang Pertandingan Jejak Cinta Bahasa bersempena program Jerayawara Bahasa dan Sastera Jejak MADANI 2025 yang berlangsung di SMK Belaga hari ini.

35 Pelajar SMK Belaga Sertai Pertandingan Jejak Cinta Bahasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Seramai 35 pelajar SMK Belaga menyertai Pertandingan Jejak Cinta Bahasa bersempena program Jerayawara Bahasa dan Sastera Jejak MADANI 2025 hari ini.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail berkata pertandingan berbentuk didik hibur itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penghayatan bahasa dan sastera kebangsaan bukan sahaja secara teori tetapi juga secara amali di luar bilik darjah.

Katanya, pendekatan santai dan menyeronokkan yang digunakan dalam pertandingan itu mendorong pelajar untuk menghayati serta mencintai bahasa kebangsaan dengan lebih dekat.

“Lebih penting, program ini juga dapat memupuk minat, membina keyakinan diri dan menyemai kecintaan terhadap bahasa serta sastera kebangsaan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata, pertandingan itu merupakan salah satu pengisian utama Jerayawara Bahasa dan Sastera Jejak MADANI 2025 yang dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Belaga, Thomas Uning berkata Jejak Cinta Bahasa memperlihatkan pendekatan inovatif dalam mendidik dengan menggunakan konsep pembelajaran melalui permainan.

“Peserta perlu menyelesaikan misi berkaitan bahasa dalam bentuk aktiviti cabaran dan pergerakan, dan ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada murid untuk mempelajari ilmu bahasa.

“Saya percaya melalui pengalaman ini, para peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan tetapi juga membina semangat berpasukan, berkomunikasi secara berkesan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif.

“Semua ini adalah kemahiran penting untuk para peserta menghadapi cabaran selepas menamatkan alam persekolahan kelak,” jelasnya.

Beliau juga berharap program seperti ini akan terus diperluaskan dan diperkasakan lagi agar lebih ramai murid dapat merasai manfaatnya.

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta