ARTIKEL

Abang Johari diiringi tetamu kehormat yang lain menandatangani plak sebagai gimik perasmian Kompleks HIKMAH di sini, malam tadi. | Foto: RAMIDI SUBARI

Kerajaan Sarawak sokong penubuhan Kolej Teknologi Tinggi HIKMAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menjamin akan terus menyokong usaha Harakah Islamiah (HIKMAH) memperkasa bidang pendidikan, termasuk menerusi penubuhan Kolej Teknologi Tinggi (High Tech) HIKMAH bagi memperluas peluang pendidikan dalam bidang teknologi.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan pembangunan institusi baharu termasuk sekolah menengah itu akan melengkapkan rangkaian institusi pendidikan HIKMAH, sekali gus memperkukuh usaha pembangunan ummah menerusi pendekatan yang lebih tersusun.

“Insya-Allah, kita akan terus membantu HIKMAH untuk merealisasikan hasrat mewujudkan sekolah menengah dan juga Kolej Teknologi Tinggi HIKMAH,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks HIKMAH di sini, malam tadi.

Abang Johari ketika berucap. | Foto: RAMIDI SUBARI

Beliau menambah, Kerajaan Sarawak sebelum ini menyediakan tapak seluas kira-kira 15 ekar serta geran bagi membolehkan HIKMAH membangunkan kompleks sendiri, selepas sekian lama beroperasi di premis yang menumpang di atas tanah masjid.

“Ini adalah sumbangan kita kepada HIKMAH. Dahulu bangunan HIKMAH menumpang di tanah masjid… akhirnya, tapak inilah yang kita lihat dan di sini kita membangunkan Kompleks HIKMAH.

“Alhamdulillah, ia dapat diwujudkan bukan sahaja melalui sumbangan tanah, tetapi juga geran kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pembangunan institusi pendidikan HIKMAH perlu memberi penekanan kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk menyediakan asas ilmu yang membolehkan generasi muda Islam meneroka bidang teknologi serta membangunkan kepakaran sendiri.

“Kita cuba memberikan asas STEM ini kepada anak-anak Islam supaya mereka dapat dibangunkan untuk menerokai ilmu yang penting hari ini.

“Ini bermakna perjalanan dakwah kita tidak semestinya hanya tertumpu kepada sembahyang sahaja, sebaliknya hendaklah diperluaskan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat,” jelasnya.

Sebelum ini, ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Kompleks HIKMAH, Timbalan Yang Dipertua HIKMAH, Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie, memaklumkan penubuhan Kolej Teknologi Tinggi (High-Tech) HIKMAH bakal melengkapkan rangkaian institusi pendidikan kendalian organisasi itu di Sarawak.

Beliau berkata, penubuhan kolej berkenaan menjadi sebahagian daripada perancangan HIKMAH untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang lengkap, bermula daripada peringkat tadika, sekolah rendah dan menengah hingga ke peringkat kolej.

Katanya, kolej itu akan memberi tumpuan kepada bidang teknologi maklumat (IT) sebagai pelengkap kepada pendidikan Islam dan kurikulum arus perdana yang diterima pelajar, sekali gus memberikan nilai tambah kepada mereka agar lebih berdaya saing serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

BERITA LAIN

Institusi GLAM perlu perkukuh peranan dalam era AI

KUCHING: Institusi Galeri, Perpustakaan, Arkib dan Muzium (GLAM) perlu berkembang melangkaui pengurusan koleksi secara konvensional dan menjadi peserta aktif dalam membangunkan ekosistem pengetahuan yang boleh

BERITA TERBARU

PKR Sarawak tidak bertanding demi kestabilan politik

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memutuskan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 sebagai tanda menghormati semangat kerjasama politik dan muafakat bersama