ARTIKEL

Gambar hiasan

China terajui 78 piawaian antarabangsa AI, 29 asas dan umum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China menerajui pembangunan 78 piawaian antarabangsa kecerdasan buatan (AI) bagi menjadikan amalan industri dan inovasi teknologinya sebagai barangan awam global, menurut Pentadbiran Negara bagi Pengawalseliaan Pasaran (SAMR).

Timbalan Ketua Jabatan Inovasi Piawaian SAMR, Sun Wei, pada sidang media Selasa menyatakan badan itu giat membantu memperbaik struktur sistem piawaian antarabangsa bagi AI.

Bersama syarikat terkemuka dan institusi penyelidikan utama, SAMR memimpin pembangunan 29 piawaian antarabangsa asas dan umum yang meliputi tadbir urus data, interaksi manusia-komputer, serta keselamatan dan kebolehpercayaan.

Selain itu, SAMR menyelaras usaha 15 badan piawaian teknikal membangunkan 49 piawaian antarabangsa bagi aplikasi khusus sektor, termasuk bandar pintar dan pembuatan pintar.

Dalam pada itu, SAMR mendedahkan bahawa China dan beberapa negara membangunkan garis panduan pengurusan risiko AI generatif bagi menangani ancaman seperti deepfake dan “peracunan” model, yang disifatkan sebagai cadangan piawaian antarabangsa pertama di dunia tentang tadbir urus AI generatif seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU