ARTIKEL

Data 137,549 alamat e-mel pelanggan Decathlon bocor di Perancis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Peruncit barangan sukan Decathlon mengesahkan serangan siber di Perancis mendedahkan data peribadi pelanggan, termasuk lebih 130,000 alamat e-mel dan jumlah nombor telefon yang hampir sama.

Syarikat itu memaklumkan kepada France 3 Hauts-de-France pada Isnin bahawa capaian berniat jahat terhadap identiti, nombor telefon dan alamat pelanggan berlaku di Perancis pada 22 Nov 2026.

Decathlon menjelaskan kebocoran itu berpunca daripada salah satu penyedia perkhidmatan luarannya, bukan pangkalan data utama akaun pelanggan, dan tiada data perbankan atau kata laluan terjejas.

Seorang penggodam yang menggunakan nama samaran 4me1 didakwa menawarkan empat fail untuk dijual pada awal pagi 23 Nov, antaranya fail berisi 163,646 rekod termasuk 137,549 alamat e-mel berbeza, menurut laman sesawang keselamatan siber cyberattaque.org seperti dilapor Bernama.

Selain nama dan alamat penghantaran, lebih 4,100 rekod dilaporkan memuatkan arahan penghantaran, manakala satu lagi fail menyenaraikan lebih 250,000 pesanan, dan France 3 memberi amaran bahawa penipu boleh menyamar sebagai penghantar Decathlon.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU