ARTIKEL

Gardens by The Bay, Singapura | Bernama

Singapura, China umum 29 inisiatif baharu perkukuh kerjasama dua hala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Singapura dan China mengumumkan 29 inisiatif baharu bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kesihatan awam pada Isnin.

Inisiatif itu diumumkan pada Mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-22 yang dipengerusikan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong dan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.

Gan, yang juga Menteri Tenaga, Perdagangan dan Industri (Perdagangan), menyatakan bahawa kedua-dua negara terus mencapai kemajuan dalam tiga projek antara kerajaan serta merentasi enam teras JCBC seperti dilapor Bernama.

Dalam ucapan penutup, beliau menegaskan bahawa hubungan kedua-dua negara kekal relevan dan berpandangan jauh kerana kedua-dua pihak sentiasa menyesuaikan diri serta meneroka bidang baharu bagi kerjasama praktikal.

Susulan itu, Singapura dan China memperbaharui memorandum persefahaman mengenai Memperdalam Kerjasama dalam Perdagangan dalam Perkhidmatan, di samping meneroka penghubungan sistem pembayaran pantas bagi pemindahan wang bernilai kecil dan menandatangani perjanjian pertukaran kepakaran kesihatan awam.

BERITA LAIN

Tiga bulan penuh super berturut-turut bermula 24 Nov

ASTANA: Peminat astronomi berpeluang menyaksikan Beaver Supermoon pada Selasa (24 Nov), iaitu bulan penuh super pertama daripada tiga bulan penuh super berturut-turut. Menurut NASA, bulan

BERITA TERBARU

SYFA sasar kejutan di Sri Aman

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026 (SAYFT 2026) bakal berlangsung di Sri Aman pada Sabtu dan Ahad ini. Kejohanan anjuran Datus

Tiga bulan penuh super berturut-turut bermula 24 Nov

ASTANA: Peminat astronomi berpeluang menyaksikan Beaver Supermoon pada Selasa (24 Nov), iaitu bulan penuh super pertama daripada tiga bulan penuh super berturut-turut. Menurut NASA, bulan