ASTANA: Peminat astronomi berpeluang menyaksikan Beaver Supermoon pada Selasa (24 Nov), iaitu bulan penuh super pertama daripada tiga bulan penuh super berturut-turut.
Menurut NASA, bulan penuh November itu membuka siri tiga bulan penuh super yang berlarutan hingga Januari 2027.
Bulan penuh super itu dijangka mencapai kemuncak pada 10.53 malam waktu Malaysia, bersamaan 2.53 petang Waktu Universal Selaras (UTC), pada 24 Nov.
Bulan kelihatan lebih besar dan terang apabila fasa purnama bertepatan dengan kedudukan Bulan paling dekat dengan Bumi dalam orbit elipsnya, dengan NASA menyatakan saiznya boleh bertambah sehingga 14 peratus dan kecerahannya 30 peratus berbanding bulan penuh paling malap setahun seperti dilapor Bernama.
Selain melintasi kawasan berhampiran gugusan bintang Pleiades dalam buruj Taurus, fenomena itu akan disusuli bulan penuh super pada 24 Dis dan 22 Jan 2027.



