ARTIKEL

ROSELINE, Moris bergambar kenangan bersama-sama penerima surat hak milik tanah pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTS Bagi Kawasan Bukit Saban di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini.

350 Terima Surat Hak Milik Tanah di Bukit Saban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Seramai 350 pemilik tanah di kawasan Bukit Saban menerima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS), melibatkan keluasan keseluruhan 929.7 hektar.

Surat hak milik berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Premier, Roseline Mapong Sabai, yang mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di sini, hari ini.

Penyerahan itu melibatkan 488 lot tanah yang berjaya disukat menerusi Program Inisiatif Baharu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Daripada jumlah tersebut, kawasan Ulu Bayor Rimbas mencatat keluasan 253.4 hektar, melibatkan 110 lot dan 88 penerima.

ROSELINE menyampaikan surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTS Bagi Kawasan Bukit Saban di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini.

Kawasan Ulu Rimbas Asal dan Baru pula melibatkan keluasan 131.5 hektar, merangkumi 89 lot dan 66 penerima, manakala kawasan Inar mencatat keluasan 89.5 hektar dengan 91 lot dan 65 penerima.

Sementara itu, kawasan Ulu Paku melibatkan keluasan terbesar dengan 350.3 hektar, merangkumi 104 lot dan 70 penerima.

Bagi penyukatan kampung tradisional di Kampung Hulu Spaoh, sebanyak 17 lot dengan keluasan 3.66 hektar berjaya disukat untuk 16 penerima.

Dalam perkembangan berkaitan, projek rintis Jubilee Occupation Ticket (JOT) merekodkan sebanyak 152 lot tanah dikenal pasti.

Daripada jumlah itu, sebanyak 77 lot melibatkan keluasan 101.4 hektar berjaya dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTS.

Untuk rekod, Seksyen 18 KTS membolehkan pengeluaran geran hak milik tanah kepada pemilik tanah NCR yang memenuhi peruntukan undang-undang berkaitan.

Pemberian geran berkenaan memberikan pengiktirafan undang-undang ke atas pemilikan tanah, sekali gus meningkatkan kepastian dan perlindungan hak pemilik berbanding tanah NCR yang belum mempunyai hak milik berdaftar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU