ARTIKEL

35,000 pengunjung meriahkan Program Sarawakku Sayang Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Sarawakku Sayang Bahagian Bintulu 2026 bukan sekadar program turun padang, sebaliknya menjadi manifestasi komitmen kerajaan Sarawak memastikan pembangunan negeri dapat dirasai secara menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi, termasuk masyarakat luar bandar dan pedalaman.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi, berkata pendekatan yang dibawa menerusi program itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak memastikan tiada rakyat tercicir daripada menikmati manfaat pembangunan.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak mahu pembangunan yang dilaksanakan secara seimbang, tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Atas sebab itu, kerajaan sendiri membawa perkhidmatan terus kepada rakyat melalui pendekatan yang lebih dekat, lebih cepat dan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Program Sarawakku Sayang Bahagian Bintulu 2026 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, Ahad petang.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, lebih 35,000 pengunjung hadir memeriahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan. Menerusi One-Stop Centre Rakyat, pelbagai agensi kerajaan turun padang bagi menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat, melibatkan urusan dokumentasi, bantuan kebajikan, khidmat nasihat, serta pelbagai urusan lain.

Dalam perkembangan sama, ADUN Samalaju itu berkata sebanyak lapan syarikat turut mengadakan sesi temu duga terbuka yang melibatkan lebih 400 calon pencari kerja.

Program tersebut turut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi tempatan apabila seramai 50 usahawan menyertai Bintulu Kitchen & Sales dengan jumlah hasil jualan dianggarkan melebihi RM400,000.

Seramai 17 penaja dan rakan strategik terdiri daripada pemegang taruh, pemain industri dan agensi swasta turut menyumbang pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan melebihi RM100,000 bagi memastikan kelancaran program itu.

Majang berkata Program Sarawakku Sayang akan diteruskan dengan destinasi seterusnya di Kapit pada penghujung Jun depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU