ARTIKEL

36,523 calon duduki SPM di Sarawak mulai hari ini 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gelagat ibu bapa yang memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang menghadapi SPM bermula hari ini

KUCHING: Seramai 36,523 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di 259 pusat di seluruh Sarawak yang bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Abang Hut Abang Engkeh berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 34,268 orang  merupakan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 766 orang calon Sekolah Menengah Swasta.

“Selain itu, 358 orang calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 24 orang merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 1,107 orang calon persendirian.

Manakala, seramai 7,958 orang Pengawas dilantik untuk mengendalikan peperiksaan SPM di seluruh negeri,” katanya kepada pemberita semasa meninjau calon yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Sains Kuching, di sini, pagi tadi.

Bagi tinjauan Suara Sarawak di Sekolah Menengah Sains Kuching di Jalan Matang-Batu Kawa hari ini, dilihat pagar sekolah mula dibuka seawal jam 6 pagi bagi membenarkan ibu bapa datang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM hari ini.

Hari ini, calon SPM akan menduduki ujian bertulis pertama mereka iaitu, Bahasa Melayu (Penulisan).

Seawal 6.30 pagi..ibu bapa mula hadir ke Sekolah Menengah Sains Kuching, di sini bagi memberi semangat kepada anak-anak mereka menjawab peperiksaan SPM

 

:Bermula hari ini…36,523 calon menduduki peperiksaan SPM 2022 di seluruh Sarawak.

 

BERSEDIA…pelajar di Sekolah Menengah Sains Kuching, di sini bersedia untuk memasuki Dewan Peperiksaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU