ARTIKEL

PBB PRIHATIN... Chee serta rombongan ketika Ziarah Kasih Mahabah Ramadan Parti PBB Cawangan Kabong.

370 asnaf di Kabong terima sumbangan bakul makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Sebanyak 370 asnaf sekitar Kabong menerima sumbangan bakul makanan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK).

Menerusi program pertama, Ziarah Kasih Mahabah Ramadan oleh Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita Parti PBB Cawangan Kabong, sebanyak 250 asnaf telah dibantu.

Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir, selaku ketua cawangan.
Katanya, sumbangan bakul makanan semasa Ramadan adalah amalan yang sangat dihargai oleh masyarakat.

“Khususnya dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan, sumbangan yang diterima sangat membantu dan meringankan beban.

Sekali gus mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih gembira,” katanya.

Penerima menerima barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu tin, teh, kopi, biskut, mi segera, pati sirap, dan kurma.

Sementara itu, dalam program kedua, 120 asnaf menerima bakul makanan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK).

Ini merupakan gerak kerja tahunan Chee bersama LAKIK untuk membantu golongan asnaf di Kabong.

“Saya mengharapkan sumbangan keperluan asas dan wang (RM150) mampu menceriakan lagi Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya.

Untuk rekod, tahun ini, Chee telah menyumbang geran berjumlah RM20,000 kepada LAKIK.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya