ARTIKEL

Datuk Seri Huang Tiong Sii menyaksikan pameran sempena Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Tahun 2026 Parlimen P208 Sarikei.

378 lampu jalan RM3.25 juta dipasang di tiga laluan Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak 378 unit lampu jalan bernilai RM3.25 juta dipasang di tiga laluan utama di Sarikei bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna, terutama penunggang motosikal.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, projek itu membabitkan 140 unit lampu di Jalan Kwong Ming/Minah bernilai RM1.27 juta dan 168 unit di Jalan Meruton/Merudu dengan kos RM1.52 juta.

Pada masa yang sama, 70 unit lampu jalan turut siap dipasang di Jalan Hua Ee dengan peruntukan RM460,000, sekali gus memberi pencahayaan lebih baik kepada pengguna pada waktu malam.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Lesen Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Tahun 2026 Parlimen P208 Sarikei, di sini, hari ini.

Menurutnya, penyediaan kemudahan berkenaan mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan perjalanan rakyat lebih selamat dan selesa, terutama golongan yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian.

Dalam perkembangan yang sama, Huang berkata, Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah, belia dan warga emas mendapatkan lesen memandu secara sah pada kos lebih rendah.

Katanya, lesen itu bukan sahaja memudahkan urusan harian penerima, malah memberi mereka lebih kebebasan bergerak dan meningkatkan keyakinan untuk berdikari.

Beliau turut mengingatkan penerima supaya mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya, termasuk memakai topi keledar yang diluluskan serta mematuhi semua peraturan lalu lintas.

Pada majlis itu, Huang turut mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada jawatankuasa pelaksana program.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU