ARTIKEL

38 pemain buru tempat skuad Kuching City 2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEJUMLAH 38 pemain menyertai ujian pemilihan skuad Piala Presiden Kuching City FC di Padang Sintetik,Taman Sourabaya, Kuching.

Pengurus pasukan Awang Azemi Awang Idris menjelaskan pemilihan bermula Isnin lalu hingga Jumaat ini.

“Terdapat beberapa pemain yang pernah menyarung jersi skuad Piala Presiden Kuching FA musim lalu.

“Turut serta ialah beberapa pemain yang dikenal pasti ketika Siri Jelajah Sarawak di enam bahagian pada Disember lalu,” ujar Awang Azemi.

Sesi pemilihan dikendalikan oleh dua penolong jurulatih iaitu Zulkarnien Poasa dan Nizam Mahmud.

Kedua-duanya merupakan bekas pemain Sarawak, dan nama besar dalam arena bola sepak tempatan.

Sementara itu, ketua jurulatih, Kamarudin Anuar tiba di Kuching Khamis ini dan akan melalui kuarantin wajib selama 14 hari sebelum turun padang.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi