ARTIKEL

Sekolah Kebangsaan Nanga Penyarai ditenggelami air ketika tinjauan kelmarin. Penolong kanan sekolah, Mohd Faishal Ibrahim, yang telah berkhidmat di sekolah itu lebih 20 tahun, berkata buat masa ini terdapat kira-kira 100 orang yang terkandas di kawasan Nanga Penyarai, termasuk lima staf sekolah dan tiga staf klinik Kakus. - Foto: BERNAMA

38 PPS ditutup setakat 4 petang Isnin di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak ditutup setakat jam 4 petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata hanya 41 PPS yang masih aktif untuk menempatkan 2,756 ketua isi rumah (KIR) dan 9,312 mangsa.

Sebanyak empat PPS masih aktif di Bahagian Samarahan, diikuti tujuh PPS di Serian, lima PPS di Sibu, dan tiga PPS di Mukah.

Manakala sembilan PPS masih aktif di Bintulu, dan 13 PPS di Miri.

Setakat ini, terdapat satu PPS baharu dibuka di SMK Sebauh.

Enam PPS sudah ditutup, merangkumi Dewan Masyarakat Gedong, Dewan Sri Budaya Kampung Niup, SK Bukit Arip, SK Pangkalan Sorak, Balai Raya Kampung Melayu, Balai Ringin, dan SK SLDB Ladang 3 Mukah.

JPBN Sarawak turut memaklumkan bahawa trend pemindahan mangsa banjir menurun ketika ini.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi