ARTIKEL

3,800 karton rokok berjaya dirampas di laluan haram sempadan Malaysia-Indoensia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah 3,800 karton rokok pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM336,050 berjaya dirampas Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam serbuan di sempadan Malaysia-Indoensia, hari ini.

Menurut Jurucakap Jurucakap Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, kesemua barangan itu di kawasan Ladang Sawit PJP Pelita Kandaie berdekatan laluan haram 50 meter dari sempadan pada jam 12.30 pagi.

“Ketika kejadian, anggota TDM dan TNI-AD yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan itu telah melihat sebuah kenderaan jenis SUV Mitsubishi Pajero Sport dan lori dua tan Mitsubishi Fuso membawa muatan bertutup di laluan itu menghala ke arah Indonesia.

“Anggota peronda kemudian menahan kenderaan tersebut bagi tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun pemandu kenderaan telah bertindak melarikan diri ke arah sempadan Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Jurucakap itu, barang yang ditinggalkan adalah 1,250 karton rokok jenama Era Double Section, 750 karton rokok masing-masing jenama Era Full Flavour; LA Light dan LA Filter, 300 karton rokok jenama Parkway serta 50 kotak mercun.

Hasil pemeriksaan juga mendapati tiada barang terlarang dan berbahaya dijumpai di sekitar kawasan tersebut.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Kastam.

RAMPASAN… Antara barangan yang cuba diseludup ke Indonesia berjaya digagalkan ATM, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU